expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

http://www.emocutez.com♥ Wanita Hiasan Dunia ♥



Perempuan Yang DiSAYANGI....
Adalah pencinta TuhanNya
Yang mengalir cinta,takut dan harap
Yang menguasai perjalanan penghidupannya
Dari waktu ke waktu
Dari hari ke hari
Sehingga perjalanan di antara
Jasad dan nyawanya berakhir,,,,..

PEREMPUAN YANG DIRINDUI,,..
Adalah perempuan yang dimata dan wajahnya
terpancar sinar Nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Di sudut hati kecilnya
Sentiasa membesarkan ALLAH...

PEREMPUAN YANG DICINTAI.....
Yang menutup auratnya
Dari pandangan mata ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Di sanjung tinggi
Penduduk langit dan bumi...

PEREMPUAN YANG DIIMPIKAN
Adalah yang mendekatkan
Hatinya yang telah jauh
Kepada AR-Rahman,AR-Rahim,
Di saat orang lain dilamar kebendaan...

PEREMPUAN YANG DIKASIHI......
Yang bersyukur dengan apa yang ada,
Yang bersabar pada yang tiada,
Cinta pada hidup yang sederhana,
Yang tidak bermata benda..

PEREMPUAN YANG DISUKAI.....
Menjadi dian pada dirinya sendiri,
Menjadi pelita untuk putera-puterinya,
Yang bakal dilahirkan,
untuk menyambung perjuangannya di belakang hari. :') ♥ la
syukran baca blog ana,kalau rajin follow dan comment ye

http://www.emocutez.com♥ KU PINTA KAU DALAM MIHRAB CINTAKU ♥




Jika diriku mencintaimu kerana ketampananmu,
Jangan salahkan aku kalau aku beralih,
pada yang lebih tampan darimu.

Jika diriku mencintaimu kerana hartamu,
Jangan salahkan aku kalau aku meniggalkanmu,
bila hartamu mulai sirna pada pandanganku.

Jika aku mencintaimu kerana kedudukanmu,
Jangan salahkan aku kalau aku memilih,
yang lebih tinggi kedudukannya darimu.

Wahai akhi pujaan qalbu,
Kiranya diriku mencintaimu kerana Agamamu,
Janganlah risau serta ragu,
InsyaAllah aku tetap akan menantimu,
Kiranya ini yang terbaik pada pandangan Rabbku.

Memang ada yang lebih tampan darimu,
Memang ada yang lebih berharta darimu,
Memang ada yang lebih berkedudukan darimu,
Namun yakinlah semuanya pasti sirna ditelan waktu.

Bagiku engkau adalah ANUGRAH dari Penciptaku,
Kerana Dialah yang mencondongkan hati ini untuk menerimamu,
Dialah yang Maha Tahu serta menentukan segala sesuatu,
Setelah istikharah namun tetap engkau yang dipertemukan denganku.

Sabarlah menantikan waktu itu,
Kerana aku pun menanti sepertimu,
Walaupun banyak ujian menguji hatimu,
Namun yakinlah itu adalah untuk memantapkan hatimu,
Semua yang TERBAIK akan datang TEPAT WAKTU,
Sesuai KETENTUAN yang Maha Tahu,
InsyaAllah pasti akan dimudahkanNYA.

Ya Rabb...Pemilik CINTA sejati,
Jika cintaku Kau ciptakan untuk dia,
Tabahkan hatinya, Teguhkan imannya,
Tegarkan dan temanilah dia dalam penantiannya,

Jika hatiku Kau ciptakn untuk dia,
Penuhi hatinya dengan kasih-MU
Terangi langkahnya dengan cahaya-MU,
Kutitipkn cintaku pada-MU untuknya,
Resapkan rinduku pada rindunya,
Mekarkan cintaku bersama cintanya,
Satukanlah hidupku & hidupnya Dalam Cinta-Mu..♥
Aamiin ya Rabb.. ♥ :')
la
syukran baca blog ana,kalau rajin follow dan comment ye

http://www.emocutez.comwahai wanita muslimah..

Mampukah aku menjadi seperti Khadijah.?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah senang rela bersama..

Dapatkah kudidik jiwa seperti Aishah.?
Isteri Rasulullah yang bijaksana,
Pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan,
Lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang..

Mengalir air mataku..
Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang,
Tiada sebarang harta dunia,
Layaklah dia penghulu wanita syurga..

Ketika aku marah,
Ingin kuintip serpihan sabar,,.
Dari catatan hidup Siti Sarah
Mampukah aku menjadi wanita solehah seperti mereka.?
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah, harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah.... =') ♥ la
syukran baca blog ana,kalau rajin follow dan comment ye

http://www.emocutez.comPesanan buat bakal imamku,..


Ya Ilahi,
Tolong bagitau dia, bahawa saya ada pesanan untuk dia,
Tolong bagitau dia, bahawa cinta yang agung itu adalah cinta dariNYA,
Tolong bagitau dia, cinta manusia membuat kita alpa..

Tolong ingatkan dia, jangan mencintaiku melebihi dari cintaNYA,
Tolong ingatkan dia, jangan mengingatiku lebih dari mengingatiNYA,
Tolong ingatkan dia, jangan mendoakanku lebih dari mendoakan kedua ibu bapanya,
Tolong ingatkan dia, aku terpikat dengannya bukan kerana hartanya, tapi kerana imannya,
Tolong ingatkan dia, aku kasihi dia bukan kerana rupa tapi kerana santunnya,
Tolong ingatkan dia, aku lebih cintakan ALLAH, lebih dari aku cintakan dia,

Tolong sedarkan dia, aku milik abadi yang Maha Esa,
Tolong sedarkan dia, aku masih milik keluargaku,
Tolong sedarkan dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya,
Tolong sedarkan dia, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya,
Tolong sedarkan dia, aku tidak mahu menjadi punca kegagalan dia,
Tolong sedarkan dia, aku tahu ALLAH ada untuk menjaga dia,

Tolong sampaikan padanya, bahawa aku ingin cinta yang suci,
Tolong sampaikan padanya, cinta ALLAH tak ternilai harganya,
Tolong sampaikan padanya, cinta ini terjaga jika dia menjaga hubungannya dengan Yang Kuasa,
Tolong sampaikan padanya, kerana aku tidak mampu menyampaikannya kerana dia berada jauh dariku.. ^_^ ♥ la
syukran baca blog ana,kalau rajin follow dan comment ye

http://www.emocutez.comlayakkah aku berpakai purdah?mantapkan iman dahulu..

ya allah.bukalah hatiku ini untuk memakai purdah ..amin..^_^..
seyesly,,teringin sgt nk pkai..nmpak indh je kn...
Lembut wanita kerana senyumannya,
Cekal wanita kerana beraninya,
Patuh wanita kerana kesetiaannya,
Sabar wanita kerana imannya,
Kasih wanita kerana belaiannya,
Lemah wanita kerana air matanya,
Ikhlas wanita kerana simpatinya,
Pendam wanita kerana cemburunya,
Sayang wanita kerana sikap keibuannya,
Tanpa wanita lelaki menjadi lemah,
Kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah… :) ♥
la
syukran baca blog ana,kalau rajin follow dan comment ye

http://www.emocutez.comwanita yang dikasihi oleh ALLAH..

Perempuan yang suci,
Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah,
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya,
Walaupun hatinya…
Kerana Allah teramat mencintainya…

Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya,
Di mana Allah untuk menjaga kita,
Allah seakan melepaskan kita,
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita,

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri,
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik,
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali,
Untuk dijagaNya, dilindungi…
Mengapa masih ragu-ragu?
Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari,
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri… :) ♥ la
syukran baca blog ana,kalau rajin follow dan comment ye

Hal terindah dari seorang wanita adalah bukan pada saat dia TERSENYUM bahagia..
tetapi saat AIR MATANYA jatuh dalam DOA..

Bukan kerana KATANYA yang INDAH..
tetapi saat BIBIRNYA basah dengan ZIKRULLAH..

Bukan kerana KECANTIKAN yang mempersona..
tetapi kerana SUJUDNYA pada Allah…

Bukan kerana KEELOKAN TUBUHNYA..
tetapi kerana KETEGUHANNYA dalam menjaga AURAT..
SubhanALLAH..^_^ ♥ la
syukran baca blog ana,kalau rajin follow dan comment ye

Jangan biarkan dirimu,
Menjadi bunga yang indah, Tetapi sayang tidak berduri..
Apabila tiada duri, Tiada lagi benteng yang boleh 
menghalang si bunga Daripada sewenang-wenangnya 
didekati oleh sang kumbang,
Lantas tercemarlah keindahan si bunga
Murahlah nilainya, Duri mawar itu ditasbihkan 
dengan pembatasan aurat, Akhlak dan al-Haya’(malu),
Dengan pagaran itu, Kilauan warna itu semakin memancar indah,
Dan haruman aromanya mengelinap segenap naluri,
Yang mengundang kekaguman
Di hati sang kumbang,
Sehingga sang kumbang
Berfikir beberapa kali untuk mendekatinya
dan hanya sang kumbang yang inginkan ikatan yang suci sahaja layak untuk mendekatinya...
♥ jadilah seperti seindah MAWAR BERDURI :') ♥ la
syukran baca blog ana,kalau rajin follow dan comment ye

Wahai wanita Solehah..
Malu kerana Allah adalah perona pipinya,
Penghias rambutnya adalah jilbab yang terulur sampai dadanya,
Zikir yang senantiasa membasahi bibirnya adalah lipstiknya,
Kacamatanya adalah penglihatan yang terhindar dari maksiat,
Air wudhu adalah bedaknya untuk cahaya di akhirat,
Kaki indahnya selalu menghadiri majlis ilmu,
Tanganya selalu berbuat baik pada sesama,
Pendengarannya yang ma'ruf adalah anting muslimah,
Gelangnya adalah tawadhu,
Kalungnya adalah kesucian..

Jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana suatu hari nanti ia akan lapuk oleh zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
agar diri ini bersih dan senantiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.... :') ♥ la
syukran baca blog ana,kalau rajin follow dan comment ye

kita masih tidak boleh untuk ucap sayang dan rindu,
tapi cukuplah kita bersentuhan hati saling mendoakan sebagai tanda ingatan, kita masih tidak boleh keluar berdua tapi cukuplah kita bertemu dalam DOA,
♥ simpan cinta itu untuk yang halal bagimu ^_^ ♥ la
syukran baca blog ana,kalau rajin follow dan comment ye

http://www.emocutez.comBalik kampung^_____^

assalamualaikum...^_^
tbe2 mak dan abah ana nk balik kmpg,,terpaksa la ana ikt kn..hehe..x brani duduk sorang2 kt rmh..=_=
bertolak dr pg ..sampai di kampung tengah hari ...so berehat la ana di rmh atuk..^_^y ana x gemar nyer ialah suasana nyer agak panas berbanding kt bandar,.x thu knape mungkin ana x biasa kot...(mengada btl bdk bandar nie.)..hehe...ptg plak pergi pulak rumah sepupu ana....da besar2 dh anak2 buah ..comey3....hehe..ana memang suka budak2 pn..^__^.selepas itu plak,,pergi menziarahi kubur opah,atuk dan ayah saudara ana sebelah mak.ya allah...rse sedih dlm hati.knpe keadaan kubur bgitu,..rumput-rumput tumbuh dengan segar nyer tanpa dibersihkn oleh sesiapa...yang lagi sedih,kubur opah,atuk n ayah saudara pun tidak dibersihkn..:'(..so abah dan mak pn bersihkan kubur mereka..ana sedekahkn al-fatihah kepada mereka...rindu kt opah..:'(...huhu..
tibe-tibe abahku bersuara kenapa umat islam akn datang ke kubur ketika raya jer..waktu lain x boleh ker..pelik kn..=_='...betol jge kata-kata abahku 2...dijdkn sperti trend plak kn..raya jer dtg kubur,kalu x,,xde makna nyer nk datang kuburnyer..aish...sedey3...
pesan mak ana"nanti bile mak n abah xada,selalu la menziarahi kubur mereka." ya allah..rse sebak dalam hatiku..x boleh ana bayangkn kalu abah dan mak xada nanti...risau sangat...huhu...selepas menziarahi kubur,ana dan keluarga gi makan mee hailam..^____^..sdep2...

keesokannya,,,,
pg2 bgun solat subuh,pergi la tlg atuk n mak memasak di dapur..hehe^-____^...cucu pertama nie...selepas zohor,baru la bertolak ke kl smula...hehe...alhamdullah selmat sampai di kl...^____^
la
syukran baca blog ana,kalau rajin follow dan comment ye

http://www.emocutez.com^____________________^

assalamualaikum...
alhamdullah da abis sdh sem 3 nie....
dimulakan ngan paper export n import diakhiri ngan supply chain..alhamdullah dpt jwb ngan tenang ngn bantuan ALLAH..^____^..HOOrey...blh blk rmh...hehe...mase nk blk 2,x thu knpe ana ngais nk tglkn PSA ini...nty mesti rindu ngn kak2,adik2,kwn2 mekar n seperjuangan kn...mmg pn....tgk jer gmbr dieowg msti menangis:'(.seyes nie x tipu...ikhlas dlm hti........huhu....
RINDU ...RINDU....RINDU....
ukhuwah antara ana ngn mereka  rse lbh akrab mmbt ana rindu n syg kt mereka....ya allah hanyamu yang thu perasaan ana nie...lg2 mase suasana dalam surau damai...best sgt,..^______^...dpt bljar sme2..,tido sme2...plg ana suka mkn dlm talam....huahaa....rindunyer suasana macam itu.,..hehe..tengah mlm lapar je msti bt air cecah ngn biskut...suka2...hehe^____________^...
-wanita itu ibarat bunga-


la
syukran baca blog ana,kalau rajin follow dan comment ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...