expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

http://www.emocutez.comKENAPA ALLAH TEMUKAN JODOH YANG SALAH?

KENAPA ALLAH TEMUKAN JODOH YANG SALAH?

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
dapat menjadi penilai yg baik.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg
sentiasa mengharapkan pertolongan
ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,
KHAS UNTUK DIRI KITA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH &
PENYAYANG kerana mengingatkan kita
bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat
untuk kita dan kehidupan kita pada
masa depan...

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
dapat mengutip pengalaman yg tak semua
orang berpeluang untuk mengalaminya.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita jadi
MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK
HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK
SELAMANYA KEKAL... la
syukran baca blog ana,kalau rajin follow dan comment ye

http://www.emocutez.comKISAH WALI ALLAH YANG SOLAT DI ATAS AIR

KISAH WALI ALLAH YANG SOLAT DI ATAS AIR

Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang termasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam.

Berbagai usaha dilakukan untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia sahaja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka.

Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak menunjukkan rasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah SWT. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terumbang-ambing, berjalan dia di atas air lalu mengerjakan solat di atas air.

Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata: "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi: "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!"

Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata: "Apa hal?" Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata: "Wahai wali Allah, tidakkah kamu mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?" Wali Allah itu lalu berkata: "Dekatkan dirimu kepada Allah SWT."

Para penumpang itu bertanya: "Apa yang mesti kami lakukan?" Wali Allah itu berkata: "Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat." Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka, asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata: "Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan kami semua selamat."

Wali Allah itu berkata lagi: "Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah." Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan menghampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal itu pun tenggelam ke dasar laut. Maka habislah kesemua barang-barang perniagaan terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu.

Salah seorang daripada peniaga itu bertanya lagi: "Siapakah tuan, wahai wali Allah?" Wali Allah itu berkata: "Saya ialah Uwais Al-Qarni." Peniaga itu berkata lagi: "Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir." Wali Allah berkata: "Sekiranya Allah SWT kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?" Peniaga itu berkata: "Benar, saya tidak akan menipu, wahai wali Allah."

Setelah Uwais mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah SWT agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya. Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang. Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal.

Wallahu a'lam.
la
syukran baca blog ana,kalau rajin follow dan comment ye

http://www.emocutez.comfestival bunga dan taman di putrajaya...

assalamualaikum....

alhamdulillah ,bersyukur pd ALLAH kerana dpt lg meneruskan hidup sebagai khalifah di muka bumi ini..teruskan dakwah anda ye..jgn putus asa...kuatkn iman anda..mantapkn lagi..ok..skrg nie ana cerita pasl festival nie ye...ana dtg pd wktu ptg...bestnyer ..lame x jln2...hehe...mcm2 perhiasan ada di sana..cantik sangat..ana berjaln di sna dr petang hingga la ke malam...mlm itu ade perarakan kapal-kapal plak....best ...tp mata y skt...banyak maksiat..huhu..sedey pn ade...tp x kuat diri ni nk tegur,juz berdoa dlm hati je...

la
syukran baca blog ana,kalau rajin follow dan comment ye

http://www.emocutez.comcara hidup yang diamalkn oleh rasulullah saw

BAGAIMANAKAH cara hidup yang
diamalkan Rasulullah s.a.w yang
perlu umat Islam contohi?

Mencontohi Nabi bukan sekadar
serpihan, tetapi perlu dalam
semua aspek kehidupan kita.

Kali ini saya ingin kongsikan
bersama cara hidup sihat Nabi
Muhammad amalkan. 

Bukan
bermakna nabi terhindar
daripada penyakit, tetapi
baginda sebenarnya hanya
pernah sakit beberapa kali saja.

Baginda sentiasa berada dalam
keadaan sihat walaupun
menggalas tugas berat dan
mencabar. Perhatikan perbezaan
dengan diri kita yang menghidap
pelbagai penyakit serta
penderitaan.

Badan kita sihat, tetapi
kebanyakannya hati berpe nyakit.

Antara beberapa cara hidup sihat
yang Baginda amalkan adalah:

>Selalu bangun sebelum subuh.

Rasulullah mengajak umatnya
untuk bangun sebelum Subuh
bagi melaksanakan solat sunat,
solat fardu dan solat Subuh
secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang
mendalam antaranya mendapat
limpahan pahala, kesegaran
udara subuh yang baik terutama
untuk merawat penyakit tibi
serta memperkuatkan akal
fikiran.

>Aktif menjaga kebersihan

Rasulullah sentiasa bersih dan
rapi. Setiap Khamis atau Jumaat,
Baginda mencuci rambut halus di
pipi, memotong kuku, bersikat
serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah
sangat dituntut bagi setiap
orang dewasa. Demikian pula
menggosok gigi dan pemakai
harum-haruman.” (Hadis riwayat
Muslim)

Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah w yang
bermaksud: “Kami adalah satu
kaum yang tidak makan sebelum
lapar dan apabila kami makan
tidak terlalu banyak (tidak
sampai kekenyangan).” (Muttafaq
Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga
ruang untuk tiga benda:
Sepertiga untuk udara, sepertiga
untuk air dan sepertiga lainnya
untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan
khusus bagi umat Islam iaitu
dengan berpuasa pada Ramadan
bagi menyeimbangkan kesihatan
selain Nabi selalu berpuasa
sunat.

>Gemar berjalan kaki

Rasulullah berjalan kaki ke
masjid, pasar, medan jihad dan
mengunjungi rumah sahabat.

Apabila berjalan kaki, peluh pasti
mengalir, roma terbuka dan
peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah
penyakit jantung. Berbanding
kita sekarang yang lebih selesa
menaiki kenderaan. 

Kalau mahu
meletakkan kenderaan, mesti
letak betul-betul di hadapan
tempat yang hendak kita pergi.

>Tidak pemarah

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’
diulangi sampai tiga kali. Ini
menunjukkan hakikat kesihatan
dan kekuatan Muslim bukanlah
terletak pada jasad, tetapi lebih
kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk
menahan perasaan marah iaitu
dengan mengubah posisi ketika
marah, bila berdiri maka
hendaklah kita duduk dan
apabila sedang duduk, maka
perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz
kerana marah itu daripada
syaitan, segera mengambil
wuduk dan solat dua rakaat bagi
mendapat ketenangan serta
menghilang kan gundah
di hati.

>Optimis dan tidak putus asa

Sikap optimis memberikan kesan
emosional yang mendalam bagi
kelapangan jiwa selain perlu
banyakkan sabar, istiqamah,
bekerja keras serta tawakal
kepada Allah s.w.t.

>Tidak pernah iri hati

Bagi menjaga kestabilan hati dan
kesihatan jiwa, semestinya kita
perlu menjauhi daripada sifat iri
hati. “Ya Allah, bersihkanlah
hatiku dari sifat-sifat mazmumah
dan hiasilah diriku dengan sifat-
sifat mahmudah.”

>Pemaaf

Pemaaf adalah sifat yang sangat
dituntut bagi mendapatkan
ketenteraman hati dan jiwa.

Memaafkan orang lain
membebaskan diri kita daripada
dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka
marah itu melekat pada hati.

Justeru, jadilah seorang yang
pemaaf kerana yang pasti badan
sihat.

Bahagia sebenarnya bukan
mendapat tetapi dengan
memberi. Sebenarnya, banyak
lagi cara hidup sihat rasul
semoga hati kita semakin dekat
dengan Nabi yang amat kita
rindukan pertemuan dengannya.

>Oleh Ustaz Zawawi Yusoh< la
syukran baca blog ana,kalau rajin follow dan comment ye

http://www.emocutez.commengenai hari lahir?

Soalan:

Bolehkah menyambut hari jadi dengan meniup lilin dan bernyanyi….setengah orang cakap tak boleh…kalau tak, boleh ke kita tukarkan lagu “Allah selamatkan kamu”?

Jawapannya:

Sebenarnya menyambut hari lahir ini tak salah, sebab Rasulullah setiap hari Isnin dia berpuasa untuk memperingati hari kelahirannya. Kemudian setiap tahun 12 Rabiulawal semua umat Islam menyambut hari kelahiran dan perjuangan Rasulullah untuk memartabatkan agama Islam.

Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya kita menginggati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia merupakan salah satu cara kita bersyukur kerana Allah melahirkan kita di dunia ini dengan keadaan baik dan sihat.

Tapi kita kena ingat kalau majlis ini salah pengisiannya atau salah meraikannya dengan cara tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak seperti adanya tarian, menari, konsert, bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya. Meninggalkan solat dan sebagainya. Maka ini jelas menjadi haram. Menjadi persoalan ramai umat Islam diluar sana bolehkah meraikan hari kelahiran dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu “selamat hari jadi”?

Jawapannya, perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat. Hadis Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud :

“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.”

Jelas di sini bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin itu bukan dari Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran mereka. Barang siapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah haram sebab dia bukan dari budaya Islam. Cara Islam menyambut hari kelahiran adalah dengan melaksanakan kenduri kesyukuran, membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat dan sahabat-sahabat yang berdekatan dengan tujuan untuk bersilaturahim antara satu sama lain.

Akhir kalam, masuklah kedalam Agama Islam dengan cara keseluruhannya bukan masuk yang mana sesuai kita ambil dan yang tidak sesuai dengan nafsu kita tinggalkan. Jadilah umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan meninggalkan perkara yang mungkar dan syubhah, kerana ini lebih menjaminkan keselamatan kita di dunia dan di akhirat. Rayakanlah hari kelahiran sepertimana yang ditetapkan oleh syarak Islam, mudah-mudahan majlis yang dijalankan itu diberkati dan dirahmati oleh Allah.
la
syukran baca blog ana,kalau rajin follow dan comment ye

http://www.emocutez.com7 tips untuk ceria..^__^

‎[7 tips untuk ceria]

1. katakan pada diri ’aku ceria’ berkali-kali. masuk dalam bilik air dengan doa dan kaki kiri kemudian cakap kuat pada diri tatkala sedang ber’shower’- aku ceria. aku orang yang ceria. aku menceriakan orang lain. air akan merakamkan semangat ceria itu dan menyeliputi diri sebagaimana dia membasahkan tubuh kita.

2. niatkan dalam hati ketika sedang berbaring untuk tidur - esok aku adalah orang yang ceria dan menceriakan orang lain. mengucap dan berselawat. akhirkan dengan membaca 3 kali surah al-ikhlas.(sama seperti membaca 1 al-quran)

3. maafkan diri sendiri. maafkan orang lain. doa supaya orang lain maafkan kita.

4. tarik dan hembus nafas dalam-dalam sambil masukkan rasa syukur dan buangkan rasa amarah, hasad dengki, tamak haloba dan semua sifat mazmumah. buang satu persatu dengan teknik visualisasi. contohnya, tarik nafas, masukkan rasa syukur kemudian hembus nafas, bayangkan hasad keluar dan seterusnya.

5. senyum selalu. kata pada diri, aku ceria, lahirkan pada wajah, senyum seikhlasnya. rasakan senyum itu datang dari hati. lihat perubahan pada wajah, otomatik, wajah akan bertukar jadi manis dan berseri-seri. hati serta -merta jadi tenang. masukkan terus rasa syukur. cubalah. rasakan perubahannya.

6. berbuat baik dan berkata yang baik-baik. jangan sekali-kali berfikir buruk pada orang lain apatah lagi mengeluarkan pendapat itu melalui kata-kata.(mengumpat). ingatlah. what goes around comes around.

7. sayangilah orang lain. sifat penyayang akan mengundang rasa sayang yang dilangit kepada kita., ucapkan doa terutama ketika basuhan kedua membasuh muka semasa berwudhu’- wa nur yusufa wajhi man roani yuhibbuni ( cahaya yusuf di wajahku, sesiapa yang melihatku akan mengasihiku).

Sihat Ceria Selalu! - Sihat je
la
syukran baca blog ana,kalau rajin follow dan comment ye

http://www.emocutez.comreunion pusat islam dan mekar


assalamualaikum...

alhamdulillah dengn keizinan ALLAH dpt jgk ana pergi reunion...best sangat....best sbb ape ye?best apabila berjumpa dengan kawan2 dan kak2..sebelum nie juz berchating di fb..akhirnya dpt berjmpa gak..ske2..hehe....program start pd pkl 10 pg...tgu ketibaan rakan2 dan kak2...pd pkl 12 umi dtg....ske2...bermula la sesi taaruf...slepas itu umi memberi pengisian dakwah sedikit....ya allah..rindu sangat dengan usrah..dahaga dengan ilmu agama.....:(...pd pkl 1 ptg br la selesai...sesi mkn2 lak..hehe...mcm2 mkanan ade.alhamdulillah rezeki yg allah berikan..:)... la
syukran baca blog ana,kalau rajin follow dan comment ye

http://www.emocutez.comCINTA RASULULLAH SAW KEPADA UMATNYA..

CINTA RASULULLAH SAW KEPADA UMATNYA..

Suatu hari Rasulullah SAW bertanya: "Siapakah hamba ALLAH yang mulia"?

Sahabat menjawab: "Para Malaikat Ya Rasulullah"?
Sahabat: "Tentulah para Nabi, merekalah yang mulia."

Rasulullah SAW tersenyum lalu berkata: "Ya, mereka mulia tapi ada yang lebih mulia."

Para sahabat terdiam lalu berkata: "Adakah kami yang mulia itu Ya Rasulullah"?

Rasulullah SAW berkata: "Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, kalian membantu perjuanganku, tetapi bukan kalian yang aku maksudkan."

Rasulullah SAW menundukkan wajahnya.. Baginda SAW menitiskan air mata sehingga membasahi pipi dan janggutnya lalu Baginda SAW berkata:

"Wahai sahabatku.. Mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku.. Mereka terlalu mencintai ALLAH SWT.. Tahukah kalian mereka tidak pernah melihatku, mereka hidup tidak dekat denganku seperti kalian.. Tetapi mereka sangat rindu kepadaku.. Dan saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA.. MEREKALAH UMATKU..  la
syukran baca blog ana,kalau rajin follow dan comment ye

http://www.emocutez.comCERPEN : PURDAH? LAYAKKAH AKU?


"Surayya dah besar nanti pakai purdah ye?" kata Abi kepada adik bongsuku Aish Surayya yang masih tersenyum menggayakan tudung baru yang dibeli untuknya. Ketika itu kami baru sahaja pulang dari membeli belah di sebuah pasar raya. "Pakai purdah? Macam Cik Jie?" tanya adikku itu kepada Abi. Cik Jie adalah satu2nya ibu saudaraku yang berpurdah. Ya, aku juga menyimpan cita2 untuk mengikuti jejak langkahnya berpurdah namun aku masih belum mampu untuk melaksanakannya saat ini."Ye, macam Cik Jie. Umi pun pakai purdah jugak dulu" sambung Umi memancing minat Surayya."Ouh. Haha" gelak Surayya mematikan lamunanku  yang jauh membayangkan bagaimana agaknya sekiranya aku berniqab.Aku hanya mendengar perbualan orang tuaku dengan adik bongsuku, Surayya. Bukan pertama kali isu berpurdah ini disebut2 oleh ibubapaku di hadapanku, bahkan jika dihitung mungkin sudah melebihi 10 kali. Abi tidak jemu2 menyebut (barangkali berdoa) kepada adik bongsuku itu supaya dia berpurdah pada suatu hari nanti. Walaupun usia adikku baru sahaja mencapai 4 tahun, tetapi ia seolah2 menjadi topik yang sangat matang untuk kanak2 seusianya berfikir. Aku kadang2 jadi terfikir, apakah itu hanya salah satu cara ibubapaku menarik minatku untuk berpurdah? Tetapi mengapa tidak terus berterus terang sahaja denganku? Namun aku tidak terus bertindak melulu. Aku mengambil kira beberapa aspek.
*********
Aku membelek majalah islami,tiba2 mataku terpaku pada salah satu tajuk artikel di dalamnya. Ia nya mengenai isu berpurdah. Aku membacanya dan memahami. Keinginanku untuk berpurdah menjadi semakin kuat. Entah mengapa, tiba2 terbit satu rasa yang membuak2 dalam diriku untuk mengenakan pakaian sunnah para isteri nabi itu. Rasa apakah ini? Ya Allah, Engkau lebih tahu dariku. Jika Engkau merasakan aku orang yang layak mengenakan pakaian sunnah ini, maka Engkau permudahkanlah. Lantas, aku mencari teman akrabku untuk mendapatkan pandangannya. 
"Asrar,boleh ana tanya?" sapaku sebelum sempat aku duduk disebelahnya. Asrar adalah rakan serumahku di Universiti. Aku suka mendapatkan pandangannya dalam pelbagai hal kerana beliau sangat matang dalam memberikan pandangan."Fiyya..sejak bila pula kawan ana yang sorang ni pandai mintak izin nak tanya" tanyanya sambil mengangkat kening dua kali. Ah, comel betul dia ni. Monologku dalam hati."Haha. Alaa..Manalah tahu Asrar tak bagi tanya"sengaja aku memuncungkan bibir. Merajuk manja. "Merajuk la pulak dia ni. Okey, Aish Safiyya yang cantik manis nak tanya apa tadi?" pandai sungguh dia mengambil hatiku kembali. Beruntung aku punya kawan sebaik dia."Asrar, apa pendapat Asrar kalo Fiyya nak berpurdah?"tanyaku masih teragak2. Aku memandang bola matanya untuk mendapatkan reaksinya."Baguslah macam tu. Asrar suka sangat kalau Fiyya berpudah" balasnya jujur."Tapi, Fiyya tak tahu lah macam mana nak mula. Fiyya nak sangat brpurdah tapi susah la nak istiqamah dalam keadaan tempat kita study ni tak membenarkan muslimat mengenakan purdah" aku mula menyuarakan rasa terbuku di hati."Ouh, yang tu ke Fiyya risaukan? Fiyya nak tahu tak, ada je kawan2 sekuliyah dengan Asrar yang berpurdah. Bila diaorang kat luar diaorang pakailah. Boleh je""Erm, InsyaAllah. Asrar tolong doakan Fiyya ye. Fiyya nak sangat berpurdah. Kalau tak boleh sekarang, mungkin lepas Fiyya dah kahwin nanti. Macam Umi Fiyya tu" kata2ku kepadanya sebelum aku meninggalkannya di meja studynya.Semenjak itu, keinginanku untuk berpurdah menjadi semakin kuat. Aku suka meneroka gambar2 muslimat di internet yang berpurdah. Kadang2 aku menyimpan gambar2 tersebut menjadi koleksi di handphoneku. Aku juga meletakkan gambar2 yang berpurdah sebagai wallpaper ku di handphone dan laptop kesayanganku sebagai sumber inspirasi kepadaku agar turut berusaha keras memantapkan diri menjadi wanita yang lebih baik sebelum aku berniqab nanti. Aku juga turut membuat pembacaan terhadap hukum2 dan dalil2 yang berkaitan pemakaian purdah. Sungguh. Ia bukanlah sekadar perkara yang suka2 untuk dilaksankan. Ia menuntut satu sebab yang kukuh di sebalik perubahan ku nanti."Fiyya, cuba Fiyya tengok tu" tuding jari telunjuk Asrar ke arah sepasang pasangan. Aku turut mencari arah yang ditunjukkan. Tiba2 terbit rasa cemburu yang membuak2 jauh di sanubariku. Ya Allah, kenapa aku cemburu kepada wanita itu. Perasaan apakah ini. Ya Allah, kau peliharalah hatiku terlebih dahulu. Jika benar niatku berpurdah hanya keranaMu, maka Kau bantulah aku untuk hijrah ini. Namun Ya Allah, aku merasakn banyak lagi yang perlu aku mantapkan pada diri ini sebelum aku melakukan perubahan ini. Perkenankan doaku Ya Allah. Amin. Sempat aku berdoa di dalam hati taktala aku melihat figura wanita yang sopan dengan purdahnya."Sweet kan mereka?" tiba2 pertanyaan itu terpacul di bibir mungilku. Mataku masih lekat memandang figura wanita berpurdah itu.Untung suami2 yang mempunyai isteri sepertinya yang hanya menonjolkan kecantikannya hanya untuk suami mereka. Aku bermonolog lagi."Fiyya....kenapa Fiyya nampak termenung je ni?" Asrar Humaira mula prihatin terhadap tingkah laku aku ketika itu."Eh takde lah. Cuma Fiyya fikirkan, bila lah Fiyya nak jadi macam tu kan?""Fiyya, Asrar tanya boleh? Maaf la. Tapi cuma Asrar inginkan kepastian" tanya Asrar lembut."Why not? Nak tanya apa?" aku mula memberi perhatian terhadap apa yang ingin diucapkan."Boleh Asrar tahu kenapa Fiyya nak pakai purdah?""Entah lah Asrar. Tapi jiwa Fiyya tenang memandang wanita2 yang berpurdah. Fiyya suka. Sebab tu Fiyya nak jadi macam mereka"aku membalas sekadar berbasi. Namun jauh disudut hatiku, bukan itu sahaja yang menjadi penyebab utama aku ingin berpurdah."Fiyya, Asrar nak cakap sikit. Fiyya jangan jadikan sebab Fiyya suka tengok wanita berpurdah adalah alasan kepada niat Fiyya nak berpurdah. Sebab Asrar takut nanti Fiyya buka balik purdah bila Fiyya tengok fashion lain yang pada pandangan Fiyya sangat menarik minat Fiyya. Fiyya kene ingat, cabaran buat mereka yang berpurdah ni besar. Tak mudah" jelas Asrar panjang lebar.Ye, benar kata Asrar petang tadi. Aku kene kaji balik atas niat apakah aku ingin berpurdah. Aku tak mahu ia sekadar menjadi adat. Atau ikutan semata2. Atau fashion. Atau ingin timbulkan sifat tabarruj dalam berpakaian. Ya Allah. Itu bukan niatku. Bukan , bukan, bukan! Aku melaung di dalam hati. Ya Allah, jauhi aku daripada berpakaian yang menyimpang jauh dari niat yang tulus hanya untukMu ya Allah. Rintihku dalam diam.
*********
Figura wanita berpurdah muncul lagi dibayangan mataku. Sungguh mempesona. Walaupun menutupi wajah, namun pandangannya nampak mempesonakan. Aku jadi cemburu. Mengapa figura ini membuat hatiku menjadi tidak keruan. Kenapa aku tak mampu. Kenapa? Ye aku tahu kenapa! Aku masih belum cukup mantap dalam amal ibadahku. Akhlakku belum cukup terpelihara untuk aku memegang title wanita berpurdah. Lisanku belum cukup basah dengan zikrullah. Tutur bicaraku masih belom sopan ketika berbicara. Tanganku masih belum banyak menghulurkan bakti. Kakiku masih belum kuat untuk melangkah ke majlis2 ilmu. Hatiku masih belum mantap untuk sentiasa mengingatinya. Dan mataku masih belum terpelihara daripada menjaga pandangan!!!! Ya Allah, aku masih belum layak!
Pintu bilikku dibuka. Aish Sumayya adik perempuan keduaku masuk terus mengambil tempat di sisiku. Dia memandang wajahku. Dari raut wajahnya seperti dia sedang mempunyai masalah. Aku terus membetulkan dudukku agar lebih senang untuk kami berbual. Saat2 cuti sem sebeginilah aku banyak meluangkan masa dengan adik2ku untuk berborak2 dan bertukar2 pandangan.
"Maya, are you okay? Kak Long tengok macam ada masalah je"dugaku pada Aish Sumayya yang hanya tunduk memandang lantai bilikku itu."Kak Long, Maya takde masalah pun. Tapi Maya peninglah Kak Long dengan kawan Maya tu" akhirnya dia membuka cerita."Hai,kawan punya pasal asal pulak adik Kak Long yang pening. Cuba cerita apa sebenarnya ni?" aku mula mengambil berat terhadap adikku. Ye, aku sering mengambil berat terhadap masalah2 adik2ku jika mereka ingin berkongsi masalah denganku."Kak Long kenal tak Mujahidah kawan Maya tu?"dia mula membuka cerita kepadaku,"Ouh, hurm kenal. Kenapanya?""Kak Long tahu tak lagi yang dia dah berpurdah?""Berpurdah? Sejak bila? Tak tahu pun..tapi kenapa?""Hurm, baru jugak la. Dalam bulan lepas baru start pakai.Tapi Maya rasa macam dia tu tak ikhlas lah nak berpurdah" luah adikku agak keberatan."Apa Maya cakap ni. Maya tahukan ikhlas ni Allah je yang dapat menilainya. Itu urusan dia dengan Allah. Kita sebagai hambaNya tak layak untuk menilai tau"bicara sedikit tegas ketika itu. "Maafkan Maya Kak Long. Bukan maksud Maya begitu. Cumanya Maya hairan je dengan dia. Dia masih kurang menjaga ikhtilat. Maya cuma takut dia mencemarkan imej yang dibawanya sekarang" adikku mula memuntahkan perkara sebenar yang dipendam.Aku terdiam agak lama. Sungguh, bukan mudah mereka yang membawa imej ini di mata masyarakat kerana masyarakat rata2nya akan melebelkan wanita sebegini sangat mulia dan sangat suci daripada melakukan perkara2 yang bertentangan dengan kehidupan bersyariat. Sekiranya ada di antara mereka yang membuat onar, padahnya sangat besar kepada Islam. Agama Islam pasti terfitnah dengan kelakuan kurang sopan mereka. Aku juga memandang diriku. Aku merenung kembali catatan perjalananku sebelum ini. Sekarang aku adalah seorang wanita yang menjaga auratku. Aku adalah seorang gadis yang menjaga tudung labuhku agar menjaga auratku selari dengan kehendak syariat. Tetapi adakah aku sudah benar2 tidak membawa fitnah kepada Islam. Adakah aku menjadi role model yang baik kepada mereka di luar sana? Ya Allah, jauhi aku daripada melakukan sesuatu yang membawa fitnah kepada Islam.
"Kak Long, apa patut Maya buat? Maya tahu, Maya pun tak de lah alim sangat. Maya sendiri kagum sebab dia mampu berpurdah. Maya pun tak macam tu" bicara Sumayya mematikan lamunanku."Err, Maya dah cuba tegur dia ke? Maya cakap la kat dia baik2. InsyaAllah dia akan dengar. Yang penting Maya jangan lupa berdoa tau" balasku."Erm, InsyaAllah. Tu la kan Kak Long, bukan senang nak pakai purdah rupanya. Banyak bende yang kene jaga. Hurmmmm" dia mengeluh sedikit."Maya, semua orang boleh berubah jadi baik. Kita anggaplah dia dalam perubahan ke arah menjadi lebih baik. Tapi, iman kita ni ada pasang surutnya. Kadang2 kita mampu melawan hawa nafsu, kadang2 kita tewas. Itulah pentingnya kita sentiasa kene upgrade iman. Mungkin kawan Maya tu masih dalam prosesnya untuk mengelakkan ikhtilat tetapi mana lah tahu lelaki lain pula yang masih ingin berbaik2 dengannya. Jadi dia mungkin fikir itu sekadar perkara yang remeh. Itulah pentingnya kita ikut tarbiyyah. Kak Long percaya adik Kak Long mampu bimbing dia menjadi lebih baik" bicara penuh nasihat.Walaupun jauh di sudut hatiku aku merasakan nasihat itu aku tujukan buat diriku sendiri. Ye, aku boleh berubah. Tapi biarlah aku istiqamah dahulu dengan perkara yang aku buat sekarang. Moga2 bila diriku betul2 mantap, baru aku mulakan hijrahku yang satu itu."Terima kasih Kak Long. Ni yang buat Maya sayang Kak Long Fiyya lebih. Hehehe..."balas Sumayya nakal sambil melambai2 ke arahku sebelum menutup pintu kamarku.Ahh, lupakan! Aku belum layak lagi. Mungkin kehadiran Aish Sumayya tadi dengan meluahkan masalah kawannya hanyalah menjadi pengantara yang supaya aku memikirkan kembali niatku itu. Mungkin Allah ingin meminta aku merenung kembali sagagah manakah aku sanggup mengharungi cabaran apabila aku berpurdah kelak. Ya Allah, andai berpurdah lebih baik untukku, maka tenangkanlah aku daripada memikirkannya lagi. Amin.
*********
Pagi itu aku menemani Umi ke pasar tani di tengah kota. Aku hanya mengikuti langkah Umi ke mana sahaja dan menjadi pembawa barang2 yang dibeli Umi. Bukan mudah untuk aku meluangkan masa cutiku yang berbaki ini untuk menemani Umi kerana aku hanya mengurungkan diri di dalam kamarku untuk menyiapkan assignment yang semakin bertambun.
Tiba di suatu kedai, Umi memandangku kemudian dia memegang sehelai kain hitam yang tergantung. Aku memandangnya dengan pandangan yang penuh kehairanan. Kemudian Umi memberi dua keping note merah kepada si penjual. Dan kami bergerak pulang. Ketika di dalam kereta, barulah Umi membuka bicara denganku.
"Fiyya, dulu Fiyya pernah cakap dekat Umi kan yang Fiyya nak berpurdah?" tanya Umi masih berbasi2. Aku jadi kehairanan."Erk..yeke? Ermm..." aku menjawab endah tak endah kerana ingin menumpukan kepada pemanduanku di jalan.Namun otakku ligat berfikir tentang kata2 Umi itu. Benar, 4 tahun dahulu aku pernah meminta izinnya untuk berpurdah. Itupun setelah aku merasakan Umi dan Abi ku sering menyebut2 isu berpurdah di hadapanku. Ye, Abi seringkali meminta2 adik bongsuku Aish Surayya berpurdah ketika dia sudah dewasa. Ketika itu aku memang mempunyai keinginan untuk berpurdah. Bebrapa hari selepas itu, aku bersua dengan Umi ku dan meminta izinnya untuk berpurdah.
"Umi, macam mana kalo Fiyya nak pakai purdah?"tanyaku setelah mendapat kekuatan yang luar biasa pada hari itu. Ketika itu hanya aku dan Umi di ruang tamu."Fiyya betol2 nak pakai purdah ke?" tanya Umi seakan2 terkejut."Ermm. Fiyya rasa Fiyya nak try la pakai purdah. Tapi Fiyya akan pakai bila Fiyya pergi keluar tanpa pengawasan Umi dan Abi. Maksud Fiyya kalau Fiyya keluar dengan kawan2 Fiyya ke masa dekat U tu" jawab ku meyakinkannya."Kenapa pula macam tu?"tanya Umi seakan2 kehairanan."Sebab Fiyya cuma nak jaga keselamatan Fiyya. Kalau Fiyya keluar dengan Umi dengan Abi kan Fiyya dah kira selamat. Takde lah orang nak kaco Fiyya. Umi dengan Abi kan ada. Tapi kalo Fiyya keluar dengan kawan2, keselamatan Fiyya belum terjamin. Mana lah tahu ada mamat kat luar tu nak ngorat Fiyya ke. Haha" ketawaku berbasi2."Erm? Ikut Fiyya la. Umi tak kisah. Yang penting Fiyya kene pandai2 bawak diri"Umi hanya hanya memberi respon tetapi tidak pula menggalakan. Aku menjadi kurang mendapat sokongan daripada satu2nya wanita yang aku hormati itu. Sejak itu, aku hanya kuburkan dahulu niatku itu.Sekarang Umi pula seolah2 mula memberi galakan kembali kepadaku. Umi membuka membuka kain purdah itu dan cuba mengayakannya. Aku mengerlingnya sekilas dan masih menumpukan perhatian ke arah jalan raya.
"Terima kasih Umi. Tapi kenapa baru sekarang Umi memberi galakan kepada Fiyya?""Fiyya,Umi cuma mahu Fiyya istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara. Lagipun sekarang Fiyya cuma tinggal beberapa bulan lagikan untuk habiskan degree Fiyya? Lepas ni boleh la Fiyya nak berpurdah dengan istiqamah." terang Umi panjang lebar.Tiba2 aku merasakan keperluan untukku berpurdah bukan lagi menjadi hukum wajib kepadaku saat ini. Sepanjang aku berada di Universiti aku mampu menghindarkan diriku daripada membawa fitnah kepada lelaki mahupun diriku sendiri. Aku sehabis daya menjaga akhlakku dan ikhtilatku dengan mana2 lelaki. Dan selepas selesai sahaja berkonvo yang hanya tinggal beberapa bulan lagi, aku akan mencari tawaran kerja yang sesuai dengan kelayakanku. Dan hal inilah membuatkan cabaran pemakaian purdah menjadi sangat besar bagiku. Di negara ini melarang pemakaian purdah bagi wanita yang bekerja di sekotor awam. Dan aku merasakn pergerakanku menjadi terbatas dengan pemakaianku nanti. Dan aku juga bimbang kelainan dalam berpakaian menjadikan diri aku menjadi perhatian lebih2 lagi nisbah pemakaian wanita yang berpurdah di negara ini adalah sangat kecil.
"Umi...tapi Fiyya rasa Fiyya dah tak perlu kot" jawabku lemah."Fiyya, Umi tak paksa Fiyya okey. Umi cuma memberi galakan balik sekiranya Fiyya masih menyimpan hasrat Fiyya dulu tu"Umi masih tersenyum ke arahku.Oh Umi, andai sahaja Umi tahu, memang hasrat Fiyya yang satu itu masih belum pernah padam. Tapi biarlah Fiyya betul2 yakin dengan kemampuan Fiyya baru Fiyya akan tunaikan. Doakan Fiyya Umi. Aku bermonolog di dalam hati.
********
"Dari tadi saya tengok awak asyik termenung je. Teringatkan Umi Abi ke?" tanya suamiku lembut."Eh, sejak bila awak ada kat sebelah ni?" Aku menggaru2 kepala yang tidak gatal."Macam mana awak nak perasan. Dari tadi asyik termenung je. Sampai saya duduk kat sebelah awak pun boleh tak perasan. Hurmm. Siapalah saya...." Umar Mujahid membuat nada seakan2 merajuk. Aku pula ingin tergelak melihat perangainya yang suka benar merajuk mengalahkan diriku ini."Bukan tak perasan. Awak tu, lain kali masuk bagilah salam ke ape ke. Ni alih2 dah ada sebelah saya. Hehehe...." jawabku sambil memimikkan muka comel kepdanya."Erm, baiklah Puan Aish Safiyya. Awak okay ke kat sini? Yelah, awak kan anak manja kesayangan Umi. Nanti nangis pulak lama tak jumpa Umi. Hehehe...""Alla....kalau saya menangis nak jumpa Umi, awak nak ke hantar saya balik Malaysia semula? Tinggal awak sorang2 kat sini. Padan muka awak! Haha" usikku kepadanya. "Huh! Sampai hati nak tinggalkan saya kat Jordan ni sorang2 ye." Umar Mujahid mula buat2 nada merajuk lagi."Haha. Mana ada. Takkan saya nak tinggal awak seorang kat sini. Mestilah saya akan teman awak. Sampai bila2" Aku mula memujuknya."Yeke. Terima kasih awak. Semoga Allah redha dengan awak" doanya kepadaku."Sama2 kasih.Peace! Hehe" aku mengayakan dua jari kepadanya."Awak, kalau saya nak buat permintaan boleh?" tanya Umar Mujahid kepadaku."Erm, apa dia?""Saya nak awak pakai purdah boleh lepas ni? Kat sini ramai wanita yang berpurdah. Kalau boleh saya ingin isteri saya juga melindungi wajahnya daripada menjadi tontonan lelaki ajanabi yang lain. "mintanya dengan sebab yang jelas. Ya Allah, mungkin inilah saat yang sesuai untuk aku mengenakan purdah di wajahku. Ini adalah arahan daripada suamiku, maka aku wajib mentaatinya. Mungkin inilah masa yang benar2 sesuai dan selayaknya aku berpurdah. Aku hanya ingin mempamerkan kecantikanku hanya buat suamiku. Terima kasih Ya Allah kerana memperkenankan hajatku 4 tahun yang lalu. Terima kasih Ya Allah.
"Terima kasih awak. Terima kasih kerana membenarkan saya berpurdah" ucapku kepadanya sambil mencium tangannya. Air mata jernih mengalir di kelopak mataku. Aku berasa sungguh terharu. Akhirnya niatku untuk berpurdah telah tercapai.*******TAMAT********

Coretan : Cerpen ini merupakan karya penulis yang berjaya dihasilkan buat julung2 pertama kalinya. Penulis mengambil inspirasi dari diri penulis sendiri supaya turut menjadi wanita yang ingin berubah seperti Aish Safiyya. Cerpen ini didekasikan buat wanita yang menyimpan niat walaupun sekelumit rasa untuk memakai purdah atau niqab. Moga mereka yang telah berniqab terus keep istiqamah dalam pemakaianmu dan mereka yang masih dalam perancangan, semoga kita sama2 dahulu memperbaiki mana yang kurang sebelum kita berniqab kelak. Wink2. ^_^


copy dr blog:
file:///C:/Users/User/Documents/blog%20ana%5E__%5E/.....TINTA%20DARIKU.....('',)%20%20CERPEN%20%20%20PURDAH%20%20LAYAKKAH%20AKU%20.htm

la
syukran baca blog ana,kalau rajin follow dan comment ye

http://www.emocutez.compesan mak kita yang telah melahirkan dan membesarkan kita.

Pesan emak
Emak berpesan, jadilah anak yang dipandang mulia,
Ingat pesan emak, jagalah maruah diri, jangan dikhianati amanah Tuhan,
Ingat pesan emak, rambutmu adalah mahkota, jagalah ia, jika rambutmu didedahkan akibatnya diakhirat nanti rambutmu digantung otakmu menggelegak dijamah mentari rakus sejengkal di atas ubun-ubun..
Ingat pesan emak, jika emak sudah tiada ayahmu dijaga rapi, jangan disakiti hatinya. Ayahmu manja, cepat terasa, lagi-lagi pabila usia semakin tua..
Ingat pesan emak, dirimu wanita, banyak godaan, banyak cubaan..Bila menjadi isteri orang, hormati suami, jaga kehormatan diri dan juga suami..
Ingat pesan emak, taati suami, jaga peribadi, jaga budi pekerti..
Ingat pesan emak, sambutlah suami pulang dengan senyuman, bukan muncungan mulutmu, pakailah penuh seri, bibir bergincu, badanmu sentiasa wangi…dandani dirimu, perlengkapkan rumah dengan kemas dan rapi.
Ingat pesan emak, anak-anak adalah harta sampai mati..didik jangan dibiarkan sepi tanpa ayat-ayat suci Ilahi..basahi lidah mereka dengan kalam suci…
Ingat pesan emak, carilah ilmu sampai mati…ilmu duniawi dan ukhrawi…emak hanya mampu berpesan, emak bukan ilmuan…emak sayang kamu…emak tidak mahu kamu tandus kekeringan di dunia fana ini. Bercucuk tanamlah kelak kau dapat hasilnya. Dunia ialah kebun akhirat anakku.
Daripada Abi Ya’la Syaddad Bin Aus Radhiallahu ‘anhu daripada Rasulullah S.A.W sabdanya : “Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan dia suka beramal untuk bekalan sesusah mati, sedangkan orang yang lemah (tidak cerdik) ialah orang yang selalu mengikutinya hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah SWT (untuk mendapat kebahagian dan pengampunan daripadanya tanpa beramal soleh)
(Hadith riwayat Imam Al-Turmuzi)

» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.
Tetapi
» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.
“Ya-Allah, bahagiakanlah kedua ibu bapa kami sepertimana mereka telah membahagiakan kami suatu ketika dahulu. Amiin.”
la
syukran baca blog ana,kalau rajin follow dan comment ye

http://www.emocutez.comcerita mamat jiwang vs minah brutal

assalamualaikum....:).
alhamdulillah kita msh hidup di muka bumi nie yg pnuh segar dan nyaman.pagi ni ana ingin berkongsi satu cerita...

MAMAT JIWANG vs MINAH BRUTAL
Isnin (MULA2 BERKENALAN di stesen ktm)
Mamat : Assalamualaikum…hai awak,sy nak
berkenalan dgn awk boleh x???
Minah : waalaikumussalam…boleh tapi kene jumpa
mak bapak aku dulu..minta izin kalau mak bapak
aku bagi..aku on je…
Mamat : waaa..boleh tahan ek awk ni…ok sy jumpa
mak bapak awk…bg alamat umah awk...
Minah : ni i/c aku, cepat la salin alamat aku..
Mamat : tangan menyalin sambil tersenyum2
(dalam hati :ceh malas tol punye minah..xpe2..waa
nama NURUL IMAN …lembut je nama tp perangai
brutal tol..)
Selasa (SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPAK SI
MINAH)
Mamat : Assalamulaikum pak cik mak cik..sihat..?
Pkcik & makcik : waalaikumussalam..alhamdulillah
kami sihat..tapi..anak ni siape?
Mamat : sy MOHD AIMAN.. sy datang jumpa
makcik ngan pakcik ni sebab nak mintak izin nak
berkenalan dengan anak pakcik yg bernama
NURUL IMAN..
Pak cik : Alhamdulillah..ade lagi pemuda yg
gentelmen cam kamu ni lg ye zaman skrg..sbnr ye
kamu la pemuda yg pertama datang mintak izin
sblm nk berkenalan dgn anak pkcik NURUL IMAN
tu..
Mamat : (dalam hati: waaa bangge aku sebagai
seorang lelaki sejati..)
Mak cik : Sebelum2 ni xde siape yg berani
dtg..kateye..si NURUL IMAN tu garang sangat org
ye..sebenarnya x..si NURUL IMAN tu org ye lembut
sgt, sopan, budi bahasa, rajin dan agama ye pun
baik..
Mamat : sambil angguk2 dan tersenyum2
mendengar cerita mak bapak minah (dalam hati:
ceh..lembut ke??sopan ke?? Budi bahsa ke?? Xde
gaye langsung..xpe2..wait n c minah)
Pakcik : pak cik izinkan anak berkenalan dengan
anak pakcik NURUL IMAN…
Mamat : terima kasih pakcik makcik..
Rabu (BILA DAH DAPAT KEIZINAN..)
Mamat : awak parents awak da izinkan sy
berkenalan dgn awk..
Minah : so what????ade aku kisah…..
Mamat : tersenyum dalam kebengangan (dalam
hati: eh2..sabar hati..sabar…)
Minah : wei aku nak jumpa mak bapak ko plak…ni
fon aku, ko salin kan alamat ko..pastu save
message..
Mamat : awk nak wat pe jumpa ibu ayah sy…??
(sambil tangan laju menaip alamat umah dan save
message)
Minah : yg ko sibuk kenape?? ? macam mak
nenek..banyak tanye..sok ko jgn ade kat umah dr
jam 11 a.m sampai jam 12 p.m , ko merayap la
kemane2 pun...lau ade gak kt uma aku bakar ko
hidup2 depan mak bapak ko ..paham????
Mamat : ok2 ….awk,sy nak no.tepon awk…mane
lah tau lau rindu2 t boleh calling2..
Minah : ooiiitt…geli aku..rindu2 ingat aku ni bini ko
ke…nak termuntah aku dengar.. ko call je 999
mintak no. tepon aku kt dorang..kompem
dapat..dapat pelempang..hahahahaha..
Mamat : senyum jela (dalam hati :
eieieieieieieieieeieiieieie…geram ye aku..xpe2..sabar
hati..sabar)
Khamis ( APABILA MAMAT BALIK KERUMAH
SELEPAS JAM 12 pm)
Ibu : MOHD AIMAN..sampai hati senyap2 ye…xnk
kongsi langsung kat ibu ngan ayah ye..
Mamat : apa ibu cakap ni..aiman xpaham la…
(dalam kepale sambil memikir apa sebenarye telah
terjadi)
Ayah : MOHD AIMAN..jangan nak main nyorok2
lah kami da tau..tadi jam 11 GIRLFRIEND kamu
datang..ayah bekenan lah lau dia jadi menantu
ayah..
Ibu : ibu pun setuju..cantik,sopan, budi bahasa,
pandai masak, pandai amik hati orang tua..seronok
ibu lau dapat menantu yg boleh jd kawan ibu…
kalau kami masuk meminang NURUL IMAN
minggu depan cane MOHD AIMAN..kamu setuju..?
Mamat : kalau ayah dgn ibu setuju dan suka..terus
kan jela niat nak masuk minang NURUL IMAN tu…
(dalam kebingungan :sejak bile plak aku de GF ni,.
GIRLFRIEND yg d ckp oleh ayah dan ibu dala minah
a.k.a NURUL IMAN.. peerrrrrr…gila la aku da la
xkenal sape minah tu..brutal plak tu tetibe je ibu
ayah nk wat menantu..xpe..jalan je…ade sesuatu kt
NURUL IMAN tu sampai ibu ngan ayah pun suka..hihihi)
Jumaat (HALAL & HARAM)
Mamat : awk..minggu depan ibu ayah sy nak
masuk meminang awk..xpe ke awk??
Minah : ko setuju ke mak bapak ko minang aku???
Mamat : setuju
Minah : da ko setuju wat pe tanye aku lagi..ape la...
cume aku nak lau kite b’tunang aku cume nak barg
hantaran telekung,sejadah dan al-quran yg ko
khatam kn je..duit hantaran ikut suke ko nak bg
berape..aku xkisah..10 sen pun aku terima..pastu 2
minggu je bertunang dan pastu kawin.. da kite
tutup kes ni..
Mamat : amboi dasyat tol awk ni….awk ni garang la
tp sweettt..( sambil tangan mamat nak pegang
tangan minah)
Minah : oooiiittttttttt setan…kuar la ko dari badan
mamat ni…ko tau x HARAM sentuh orang yg
bukan mahram…selagi ko x lafaz “AKU TERIMA
NIKAHNYA” selagi tu ko HARAM nak sentuh
aku..ko ade wudu’ x???
Mamat : xde…nak wat pe…?
Minah : ko g amik sekarang..cepat la….
Mamat : merungut dalam hati sambil kaki
melangkah mencari paip untuk berwudu’ (eiei
minah ni cube la cakap sopan sikit ngn aku..garang
cam singe..singe pun xcam dia.)
SEKEMBALI MAMAT DARI MENGAMBIL WUDU’
Mamat : awk, sy da amik wudu’..awk nak sy wat
pe???
Minah : diam la..banyak bunyi la ko ni…nah amik ni
AL-QURAN..ni HALAL tok ko pegang 24 jam
pun,cium, pelok pun boleh…pahale bergande
1000x lau ko bace…ha…aku nak ko hafaz juzu’
30..minggu depan kita tunang aku tau ko da hafaz
semua surah dalam juzu’ 30 tu…
Jumaat (SEMINGGU SELEPAS BERTUNANG)
Mamat : awk ape kate kite tukar panggilan..sy
panggil awk SAYANG dan awk panggil sy ABANG..
Minah : ooiiiittt..geli aku nak panggil ko
abang..ABANG tu hanya SUAMI aku je..ko tu
bukan suami aku lagi..baru tunang nak
gempak2..bla la wei…ha daripada ko dok ngarot yg
bukan2,..ko da hafaz pun lom juzu’ 30..????
Mamat :..emmmmmmm…da..da…nape???
Minah : ha..ha cube bace kt aku ape yg ko hafaz..
Mamat : (dengan mulai dgn surah al-fatihah dan
seterus ye membace semua surah juzu’ 30 tu
sampai habis…)
Minah : Alhamdulillah…pas ni ko bace plak makne2
surah dalam juzu’ amma tu..minggu depan aku
nak dengar ko bercerite depan aku…
Mamat : da macam peserte pertandingan hafazan
dan bercerite plak (ckp dlm nada slow)
Minah : ooiitt ko kutuk aku ek…xpe2..
Mamat : mane ade…awk memang cantik comel..
Minah : da..da..jgn nk ckp lg aku tau da aku
memang cantik comel.. sbb tu ko soh mak bpk ko
minang aku kn..
Mamat : tersenyum (dalam hati: ceh masuk troli
sorong sendiri la weii..)
Jumaat (2 MINNGU SELEPAS BERTUNANG)
Mamat : awk..awk..awk xrase ke apa yg sy
rase..sy rase cam ade sesuatu yg indah antara kite
berdua la..setiap kali ingat awk mesti terase yg awk
dekat sgt dlm hati sy..
Minah : ooiitt yg ko nak berjiwang karat sangat ni
nape?? Bengkak telinge aku dengar..ko ingat ko
berjiwang2 ni aku cair ngn ko..jgn harap la
weii..da2 sekarang ko cerita kn kt aku kisah2 dlm
juzu’ amma tu..
Mamat : (dalam hati : dy ni memang xde perasaan
langsung..baru nak jiwang2 da xboleh..xpe..sabar
hati..sabar..)
Minah : ooiitt berangan plak…aku soh cerite bukan
berangan..cepat la cite aku nak dengar..
Mamat : sabar la…ngah susun ayat ni…(Dengan
nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha
Penyayang..dy memulakan kisah dari 1 surah ke
surah yg lain hingga khatam dlm juzu amma tu)
Minah : Alhamdulillah.. minggu depan kita nikah…
aku nak sehari sebelum kite nikah ko wat
qiamulllaill…Allah tu Maha Melihat..lau ko xwat..ko
tunggu la mase ko lafaz aku terime nikahnya mesti
ko tersangkot2…
Mamat : xnk la la sy..malu la
tersangkut2..ok2.insyallah sy wat…
Minah : tau plak malu..ok..ag 1..hari nikah tu aku
nak ko senyum je sepanjang majlis..xkisah la
waktu tu ko sedih ke.kecewa ke..yg aku nak tengok
ko senyum je..paham???
Mamat : faham..awk..sy teringin nak tengok awk
senyum..senyum la awk..mesti manis..slalu
tengok muke garang awk je…senyum la kit wak..
Minah : ade..ade aku kisah..xboleh..lau nak tengok
sgt aku senyum..tunggu hari kite nikah t..mesti ko
xboleh tidur pas tengok senyuman aku yg
menggoda sgt ni tau…hahahahahahahaha..
Mamat : emmmmmm..yelaaaaa….

Jumaat (HARI PERNIKAHAN)
Mamat : dengan sekali lafaz..“AKU TERIMA
NIKAHNYA NURUL IMAN BINTI ISHAK DENGAN
MAS KAWIN 80 RINGGIT TUNAI..”
Tok kadi : sah..sah..sah..
Minah : Alhamdulillah (terus dy sujud syukur tanpa
menghirau kan org sekelilng dy)
(SAAT MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG)
Minah : terima kasih ABANG kerana sudi
mengambil NURUL IMAN sebagai isteri abang.
Bimbinglah AYANG menjadi isteri yg solehah..
(sambil tangan terketar-ketar tok salam dan cium
tangan suci suaminya)
Mamat : subhanallah..terima kasih SAYANG sudi
terima ABANG sebagai suami mu.. (sambil
mengucup dahi isteri tercinta)
(MALAM PERTAMA)
Mamat : sayang , abang xsangka plak rase ye
belum sebulan kite kenal ..tetibe je da kawin..ajaib
betul..
Minah : tu nama ye jodoh..kekusa Allah bang..kite
hanya merancang tapi Allah juga yg menentukan
segalenye..
Mamat : Sayang boleh abang tanye sesuatu…?
Minah : Tanya la abang,.(dengan nada suare yg
manje)
Mamat : nape sayang dulu garang sangat ngan
abang..? tapi bile ngan orang tua abang n orang
tua sayang ckp sopan….?
Minah : maafkan sayang abang..ayang bukan
sengaje nak berkasar dengan abang..ayang wat
semua tu sebab nk uji sama ada abang sabar x
dengan kerena ayang..ayang nak abang terima
ayang dengan seadanya..sebab sayang xnk kite
hilang kemanisan cinta selepas berkawin gare2
abang da sentuh ayang sebelum kawin..ni
sekarang kite da kawin..ayang milik abang..abang
boleh sentuh ayang tanpa kene sound ngan ayang
lagi..hihihi..abang nape abang kawin dengan
ayang…??
Mamat : subhanallah…terima kasih sayang ku
kerana menjaga batasan kita selama ini..abang pilih
sayang kerana Allah…lepas abang wat qiamullai yg
sayang suruh wat sehari sebelum nikah baru la
abang dapat jawapan bagi perasaan yg
tersembunyi antara kita berdua iaitu perasaan
cinta.. I LOVE U SAYANG..waktu tu juga abang
baru sedar ape hikmah ye kenape sayang suruh
abang menghafal juzu amma dan membace
terjemahan ye..semua nya indah sayang..terima
kasih sayang…sekarang pun abang sedang
berusaha menghafal juzu’2 yg lain…
Minah : Alhamdulillah ya Allah kau kurniakan aku
suami yg soleh (sambil tangan ye menadah doa).
Abang, nape abang bagi ayang banyak sangat duit
hantaran RM 20 ribu dengan kerete ALPAHRD
sebijik.. kan ayang da cakap kalau abang bagi 10
sen pun ayang terima..
Mamat : sayang..anggap la tu hadiah daripada
abang..berape sgt la nilai ye jika nak dibandingkan
dengan nilai seorang isteri solehah cam ayang..I
LOVE U SAYANG UNTIL JANNAH.. ,
Minah : I LOVE U TOOO ABANG…UNTILLLL
JANNAHTUL FIRDAUS…AMINNNNNNN….


p/s;best kn cerita nie..:) la
syukran baca blog ana,kalau rajin follow dan comment ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...