expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

http://www.emocutez.com♥ Wanita Hiasan Dunia ♥



Perempuan Yang DiSAYANGI....
Adalah pencinta TuhanNya
Yang mengalir cinta,takut dan harap
Yang menguasai perjalanan penghidupannya
Dari waktu ke waktu
Dari hari ke hari
Sehingga perjalanan di antara
Jasad dan nyawanya berakhir,,,,..

PEREMPUAN YANG DIRINDUI,,..
Adalah perempuan yang dimata dan wajahnya
terpancar sinar Nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Di sudut hati kecilnya
Sentiasa membesarkan ALLAH...

PEREMPUAN YANG DICINTAI.....
Yang menutup auratnya
Dari pandangan mata ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Di sanjung tinggi
Penduduk langit dan bumi...

PEREMPUAN YANG DIIMPIKAN
Adalah yang mendekatkan
Hatinya yang telah jauh
Kepada AR-Rahman,AR-Rahim,
Di saat orang lain dilamar kebendaan...

PEREMPUAN YANG DIKASIHI......
Yang bersyukur dengan apa yang ada,
Yang bersabar pada yang tiada,
Cinta pada hidup yang sederhana,
Yang tidak bermata benda..

PEREMPUAN YANG DISUKAI.....
Menjadi dian pada dirinya sendiri,
Menjadi pelita untuk putera-puterinya,
Yang bakal dilahirkan,
untuk menyambung perjuangannya di belakang hari. :') ♥ la
syukran baca blog ana,kalau rajin follow dan comment ye

http://www.emocutez.com♥ KU PINTA KAU DALAM MIHRAB CINTAKU ♥




Jika diriku mencintaimu kerana ketampananmu,
Jangan salahkan aku kalau aku beralih,
pada yang lebih tampan darimu.

Jika diriku mencintaimu kerana hartamu,
Jangan salahkan aku kalau aku meniggalkanmu,
bila hartamu mulai sirna pada pandanganku.

Jika aku mencintaimu kerana kedudukanmu,
Jangan salahkan aku kalau aku memilih,
yang lebih tinggi kedudukannya darimu.

Wahai akhi pujaan qalbu,
Kiranya diriku mencintaimu kerana Agamamu,
Janganlah risau serta ragu,
InsyaAllah aku tetap akan menantimu,
Kiranya ini yang terbaik pada pandangan Rabbku.

Memang ada yang lebih tampan darimu,
Memang ada yang lebih berharta darimu,
Memang ada yang lebih berkedudukan darimu,
Namun yakinlah semuanya pasti sirna ditelan waktu.

Bagiku engkau adalah ANUGRAH dari Penciptaku,
Kerana Dialah yang mencondongkan hati ini untuk menerimamu,
Dialah yang Maha Tahu serta menentukan segala sesuatu,
Setelah istikharah namun tetap engkau yang dipertemukan denganku.

Sabarlah menantikan waktu itu,
Kerana aku pun menanti sepertimu,
Walaupun banyak ujian menguji hatimu,
Namun yakinlah itu adalah untuk memantapkan hatimu,
Semua yang TERBAIK akan datang TEPAT WAKTU,
Sesuai KETENTUAN yang Maha Tahu,
InsyaAllah pasti akan dimudahkanNYA.

Ya Rabb...Pemilik CINTA sejati,
Jika cintaku Kau ciptakan untuk dia,
Tabahkan hatinya, Teguhkan imannya,
Tegarkan dan temanilah dia dalam penantiannya,

Jika hatiku Kau ciptakn untuk dia,
Penuhi hatinya dengan kasih-MU
Terangi langkahnya dengan cahaya-MU,
Kutitipkn cintaku pada-MU untuknya,
Resapkan rinduku pada rindunya,
Mekarkan cintaku bersama cintanya,
Satukanlah hidupku & hidupnya Dalam Cinta-Mu..♥
Aamiin ya Rabb.. ♥ :')
la
syukran baca blog ana,kalau rajin follow dan comment ye

http://www.emocutez.comwahai wanita muslimah..

Mampukah aku menjadi seperti Khadijah.?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah senang rela bersama..

Dapatkah kudidik jiwa seperti Aishah.?
Isteri Rasulullah yang bijaksana,
Pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan,
Lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang..

Mengalir air mataku..
Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang,
Tiada sebarang harta dunia,
Layaklah dia penghulu wanita syurga..

Ketika aku marah,
Ingin kuintip serpihan sabar,,.
Dari catatan hidup Siti Sarah
Mampukah aku menjadi wanita solehah seperti mereka.?
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah, harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah.... =') ♥ la
syukran baca blog ana,kalau rajin follow dan comment ye

http://www.emocutez.comPesanan buat bakal imamku,..


Ya Ilahi,
Tolong bagitau dia, bahawa saya ada pesanan untuk dia,
Tolong bagitau dia, bahawa cinta yang agung itu adalah cinta dariNYA,
Tolong bagitau dia, cinta manusia membuat kita alpa..

Tolong ingatkan dia, jangan mencintaiku melebihi dari cintaNYA,
Tolong ingatkan dia, jangan mengingatiku lebih dari mengingatiNYA,
Tolong ingatkan dia, jangan mendoakanku lebih dari mendoakan kedua ibu bapanya,
Tolong ingatkan dia, aku terpikat dengannya bukan kerana hartanya, tapi kerana imannya,
Tolong ingatkan dia, aku kasihi dia bukan kerana rupa tapi kerana santunnya,
Tolong ingatkan dia, aku lebih cintakan ALLAH, lebih dari aku cintakan dia,

Tolong sedarkan dia, aku milik abadi yang Maha Esa,
Tolong sedarkan dia, aku masih milik keluargaku,
Tolong sedarkan dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya,
Tolong sedarkan dia, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya,
Tolong sedarkan dia, aku tidak mahu menjadi punca kegagalan dia,
Tolong sedarkan dia, aku tahu ALLAH ada untuk menjaga dia,

Tolong sampaikan padanya, bahawa aku ingin cinta yang suci,
Tolong sampaikan padanya, cinta ALLAH tak ternilai harganya,
Tolong sampaikan padanya, cinta ini terjaga jika dia menjaga hubungannya dengan Yang Kuasa,
Tolong sampaikan padanya, kerana aku tidak mampu menyampaikannya kerana dia berada jauh dariku.. ^_^ ♥ la
syukran baca blog ana,kalau rajin follow dan comment ye

http://www.emocutez.comlayakkah aku berpakai purdah?mantapkan iman dahulu..

ya allah.bukalah hatiku ini untuk memakai purdah ..amin..^_^..
seyesly,,teringin sgt nk pkai..nmpak indh je kn...
Lembut wanita kerana senyumannya,
Cekal wanita kerana beraninya,
Patuh wanita kerana kesetiaannya,
Sabar wanita kerana imannya,
Kasih wanita kerana belaiannya,
Lemah wanita kerana air matanya,
Ikhlas wanita kerana simpatinya,
Pendam wanita kerana cemburunya,
Sayang wanita kerana sikap keibuannya,
Tanpa wanita lelaki menjadi lemah,
Kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah… :) ♥
la
syukran baca blog ana,kalau rajin follow dan comment ye

http://www.emocutez.comwanita yang dikasihi oleh ALLAH..

Perempuan yang suci,
Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah,
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya,
Walaupun hatinya…
Kerana Allah teramat mencintainya…

Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya,
Di mana Allah untuk menjaga kita,
Allah seakan melepaskan kita,
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita,

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri,
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik,
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali,
Untuk dijagaNya, dilindungi…
Mengapa masih ragu-ragu?
Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari,
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri… :) ♥ la
syukran baca blog ana,kalau rajin follow dan comment ye

Hal terindah dari seorang wanita adalah bukan pada saat dia TERSENYUM bahagia..
tetapi saat AIR MATANYA jatuh dalam DOA..

Bukan kerana KATANYA yang INDAH..
tetapi saat BIBIRNYA basah dengan ZIKRULLAH..

Bukan kerana KECANTIKAN yang mempersona..
tetapi kerana SUJUDNYA pada Allah…

Bukan kerana KEELOKAN TUBUHNYA..
tetapi kerana KETEGUHANNYA dalam menjaga AURAT..
SubhanALLAH..^_^ ♥ la
syukran baca blog ana,kalau rajin follow dan comment ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...