expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

munasabah diri

setiap jalan yang ada memberikan peluang untuk kita merebut ganjaran akhirat..dan jalan yang paling mulia adalah jalan yang dilalui oleh Rasulullah SAW dan para sahabat..sebar-sebarkanlah kebenaran dan berita gembira tentang agama Allah yang kita anuti..sesungguhnya Islam bukan sekadar untuk dianuti tetapi ia adalah agama perjuangan.Islam perlu diperjuangkan dengan apa cara sekalipun. Semaklah diri kita. Apa yang kita boleh sumbangkan untuk agama ini. InsyaAllah, laluilah liku-liku untuk jihad di jalan Allah dengan berlatarkan keikhlasan, keimanan, keyakinan, motivasi jihad, serta istiqamahlah. Mudah-mudahan jalan yang telah tersedia ada untuk kita lalui dipermudahkan oleh-Nya, kerana Dia amat Mengetahui akan hamba-Nya yang bersungguh-sungguh inginkan Dia.

Sesungguhnya hanya diri kita yang mengenali siapa kita yang sebenarnya.Sejauh mana pengorbanan kita..semua itu,hanya kita yang tahu..Oleh itu, ikhlaslah mengenali diri sendiri.Tundukkan hati
 di depan-Nya.

~Salam mujahadah dalam kepayahan yang telah Dia tetapkan.bersabarlah..~

Jangan lupa, iman itu turun naik dan hati sentiasa berbolak balik.Tapi jangan lupa juga bahawa Dia sentiasa ada untuk merawat kita sekiranya kita 'sakit'.Al-Quran, Hadis, Kata-kata ulama' dan sumber-sumber yang datang daripadanya merupakan penawar mujarab untuk 'hati' yang sakit..
la
syukran baca blog ana,kalau rajin follow dan comment ye

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...